fbpx

Pertama Digital mohon lesen bank digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerjasama Pertama Digital dan Crowdo menjadi langkah awal untuk merealisasikan penubuhan bank digital di Malaysia pada masa depan.

PETALING JAYA – Pertama Digital Bhd. (Pertama Digital) telah menubuhkan konsortium untuk memohon lesen bank digital da­ripada Bank Negara Malaysia.

Pengarah Strateginya, Saify Akhtar yang juga mengetuai inisiatif perbankan digital syarikat itu berkata, rakan kongsi konsortium pertamanya adalah Crowdo Holdings Pte Ltd. (Crowdo).

Crowdo yang ditubuhkan pada tahun 2017 itu telah disokong oleh pelabur terkenal iaitu Gobi Partners, Crowdo Neobank yang me­rupakan firma bank digital.

Ia menawarkan perbankan tanpa cawangan fizikal untuk pasaran baru muncul di ASEAN.

Menurut Saify, Crowdo juga merupakan kumpulan pertama dari teknologi kewangan yang dilesen sepenuhnya oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Indonesia, bagi menyediakan perkhidmatan pinjaman digital kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Kehadiran Crowdo bukan sahaja membawa masuk idea dan pandangan yang berharga malah kemampuan memberikan pembiayaan yang produktif kepada PKS yang beroperasi di Indonesia.

“Kerjasama ini akan membolehkan bank digital Malaysia memberikan khidmat segera kepada perniagaan tempatan yang berdaya saing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Saify menjelaskan, kedua-dua syarikat sedang dalam prose memeterai dokumentasi berhubung penubuhan konsortium tersebut.

Usaha membangunkan bank digital ini akan membantu mempercepatkan produktiviti dan memulihkan prestasi kewangan perniagaan sekali gus sumbangan kepada ekonomi.

“Untuk menjayakan misi ini, kami akan sentiasa dekat dengan masyarakat bagi memastikan strategi bank digital dan model perniagaan kami akan diterima ramai,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI