fbpx

Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara ke negara ini dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pelanjutan tempoh kuarantin wajib bagi pengembara yang tiba di Malaysia berikutan lebih daripada 50 peratus negara di seluruh dunia melaporkan terdapatnya penularan Varian of Concern (VOC) dalam komuniti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan laporan tersebut, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pelanjutan tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara yang tiba di Malaysia berkuat kuasa serta merta.

“Semua pengembara perlu menjalani ujian pengesanan RT-PCR Covid-19 tiga hari sebelum berlepas dan hanya mereka yang didapati negatif dibenarkan untuk menaiki penerbangan masuk ke negara ini.

“Mereka (pengembara) juga perlu menjalani ujian pengesanan RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara warganegara dan bukan warganegara yang diberi kebenaran masuk ke Malaysia dari Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dilanjutkan daripada 14 hari kepada 21 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan.

“Pelaksanaan arahan kuarantin wajib selama tempoh 21 hari ke atas pengembara warganegara dan bukan warganegara yang diberi kebenaran masuk ke negara ini dari India pula adalah dikekalkan.

“Tempoh kuarantin wajib dari semua negara lain juga dilanjutkan daripada 10 hari kepada 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan kerajaan namun tempoh tersebut akan dilanjutkan lagi selama tujuh hari menjadi 21 hari sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko yang telah dijalankan pada hari ke-14,” jelas beliau.

Ismail Sabri menegaskan, ujian ulangan RT-PCR Covid-19 akan dilakukan pada hari ke-10 kuarantin dan sekiranya dilanjutkan tempoh kuarantin sehingga 21 hari, ulangan ujian tersebut akan dibuat pada hari ke-18.

“Pelaksanaan pelanjutan Tempoh Kuarantin Wajib ini akan berkuatkuasa serta merta,” ujar beliau. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI