fbpx

Setengah juta rakyat India dipindahkan gara-gara Taufan Yaas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awan gelap dirakam di langit menjelang pendaratan Taufan Yaas di Dhulagarh di daerah Howrah, India, hari ini. - PTI

NEW DELHI – Hampir 500,000 penduduk India yang menetap di kawasan laluan ribut siklon baharu yang diramal sedang menuju ke arah timur negara itu diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan.

Pakar kaji cuaca mengatakan ribut di pesisir India meningkat dalam kadar frekuensi dan intensiti membimbangkan ketika perubahan iklim menjadikan suhu perairan lautan naik mendadak.

Jabatan Meteorologi India mengatakan Taufan Yaas telah terbentuk di Teluk Bengal dan dijangka membadai negari-negeri di Bengal Barat serta Odisha pada Rabu ini.

Negara jiran, Bangladesh juga telah diberikan amaran untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Kelajuan angin Taufan Yaas boleh  mencecah hingga 185 kilometer per jam dan dikategorikan sebagai “Badai Siklon yang sangat dahsyat” apabila tiba di kawasan darat, kata jabatan itu.

“Ketinggian ombak akibat ribut setinggi empat meter berkemungkinan besar akan menenggelamkan kawasan pesisir rendah”, tambah kenyataan itu lagi.

Proses pemindahan penduduk di daerah pesisir dan hutan bakau Sunderbans, sebuah tapak warisan dunia UNESCO sudah bermula sejak Ahad lepas, kata Menteri Pengurusan Bencana Bengal Barat, Javed Ahmed Khan.

“Kita terpaksa memindahkan hampir setengah juta penduduk ke sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan yang telah diubah suai menjadi pusat pemindahan sementara  untuk memberikan perlindungan kepada mereka yang terjejas,” kata Javed.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, telah mengerahkan tentera dan pasukan bencana untuk membantu persiapan serta operasi menyelamat yang sedang berjalan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI