fbpx

Facebook tutup laman pro-Zionis selepas serangan siber netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen daripada kumpulan-kumpulan Islam menyerang laman Facebook Jerusalem Prayer Group dengan ucapan berbaur kebencian sehingga mengakibatkannya ditutup. - AFP

WASHINGTON – Facebook menutup sebuah laman pro-Israel yang dilaporkan mempunyai 77 juta pengikut selepas netizen daripada kumpulan-kumpulan Islam menyerang laman itu dengan ucapan berbaur kebencian, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Mike Evans yang merupakan pengasas halaman Facebook, Jerusalem Prayer Group mendakwa bahawa pengkritik-pengkritik memenuhi laman itu dengan le­bih 1 juta komen.

“Terdapat cubaan terancang daripada kumpulan-kumpulan Islam radikal bagi mencapai objektif ini,” kata Evans.

Evans yang mengetuai ribuan doa online untuk Israel berkata, terdapat banyak aduan yang mengatakan kandungan palsu itu sebagai ‘satu penipuan’.

Rata-rata netizen membuat aduan di Facebook bahawa laman tersebut mencabuli polisi kandungan di Facebook.

Evan yang juga merupakan ketua Persatuan Sahabat Zionis mendakwa, netizen sengaja memuat naik komen anti-Semitik termasuk gambar diktator Nazi dan membuat aduan kepada Facebook bahawa lamannya bersifat perkauman.

Mereka kemudian memadamkan semula komen rasis tersebut.

Evans  mendapat mesej bahawa halaman Facebook itu telah ditutup apabila dia tiba di Baitulmuqaddis untuk mengacarakan sebuah program te­levisyen.

Dia juga tidak berjaya bercakap dengan mana-mana wakil Facebook selepas halaman itu dipadam Jumaat lalu dan tidak boleh memuat naik status di akaun peribadinya.

Seorang jurucakap syarikat Facebook berkata, mereka menutup halaman itu kerana me­langgar peraturan terhadap spam dan tingkah laku tidak asli.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI