fbpx

Sindiket judi jadikan kondominium sebagai pusat panggilan diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di sekitar Desa Petaling semalam.

PETALING JAYA – Seramai lapan individu ditahan selepas disyaki mempromosi judi dalam talian di sebuah kondominium di sekitar Desa Petaling semalam.

Difahamkan, sindiket berkenaan menjadikan kondominium tersebut sebagai pusat panggilan untuk aktiviti perjudian menyasarkan kaki judi warga tempatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada lelaki(6) dan wanita(2) warga tempatan berusia 18 hingga 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati, sindiket ini telah menyewa kondominium berkenaan sejak April lalu dengan bayaran sewa sebanyak RM3,000 sebulan.

“Setiap pekerja juga diberikan gaji sebanyak RM2,000 sebulan oleh sindiket itu untuk mempromosi judi dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai untuk tujuan mempromosi judi ketika serbuan tersebut.

“Antara yang dirampas ialah telefon bimbit pelbagai jenama(18), komputer riba(10) dan kad akses. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM60,000.

“Kesemua suspek akan direman pada hari ini bagi meneruskan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tegasnya.

Polis Kuala Lumpur turut memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan perjudian kerana tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur, pemain atau pelanggan dalam usaha memerangi kegiatan perjudian di ibu negara. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI