fbpx

Geng Dek Wan tumpas, 10 termasuk dua wanita diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komponen dan motosikal yang disyaki dicuri Geng Dek Wan yang dirampas dalam lapan serbuan di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Geng Dek Wan yang aktif menjalankan kegiatan mencuri motosikal di daerah ini berjaya dilumpuhkan selepas 10 ahli geng tersebut termasuk dua wanita diberkas dalam lapan serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam serbuan bermula pukul 3 pagi itu, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 39 tahun.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menangkap lapan lelaki dan dua wanita ahli Geng Dek Wan dan merampas enam buah motosikal yang dilaporkan hilang.

“Pihak polis juga telah berjaya merampas peralatan mencuri motosikal serta dua buah enjin motosikal yang nombor casisnya telah diganggu.

“Modus operandi kumpulan ini mengunakan peralatan yang telah diubah suai. Motosikal yang dicuri dileraikan dan dijual dalam bentuk komponen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, siasatan awal pihak polis mendapati hasil serbuan berkenaan telah berjaya meyelesaikan tujuh kes curi motosikal di sekitar daerah ini.

Katanya, hasil ujian air kencing terhadap semua suspek mendapati enam daripadanya positif dadah dan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

“Pemilik kenderaan disarankan menambah kunci tambahan bagi menjaga keselamatan kenderaan masing-masing.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes jenayah boleh menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,” katanya.

Kes disiasat dibawah seksyen 379A Kanun Keseksaan laitu melakukan kesalahan mencuri kenderaan.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI