fbpx

Kenderaan keluar Kelantan meningkat sejak semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo meneliti permit perjalanan rentas negeri yang dikemukakan pengguna jalan raya di SJR Kampung Tanah Putih, Gua Musang hari ini. - FOTO : AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jumlah kenderaan bagi perjalanan merentas negeri ke Kuala Lumpur melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis meningkat sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, berdasarkan pemantauan, peningkatan kenderaan dianggarkan antara 25 hingga 30 peratus berbanding hanya lima peratus sebelum Hari Raya Aidilfitri di laluan sekatan jalan raya (SJR) Kampung Tanah Putih di sini.

Katanya, bagi laluan utama di Jalan Gua Musang-Cameron Highlands pula, bilangan kenderaan tidak banyak berubah dan trafik terkawal seperti biasa.

“Kita sentiasa meningkatkan kawalan dan pemeriksaan lebih ketat ke atas kenderaan yang ingin melalui jalan itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan permit kebenaran rentas negeri yang dikemukakan pengguna jalan raya adalah sah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau laluan trafik di SJR Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perantau mengambil kesempatan pulang untuk menyambut perayaan bersama keluarga di kampung lebih awal lagi.

Katanya, mereka memilih masa selepas Syawal kelima untuk pulang semula ke ibu negara sehingga menyebabkan berlaku peningkatan kenderaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI