fbpx

Gaji remaja 17 tahun jauh lebih lumayan daripada ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AlICIA mahu menumpukan kepada aktivitinya di media sosial selepas menjana pendapatan lumayan melalui video TikTok. – Instagram

LONDON – Seorang pesohor media sosial dari bandar Milton Keynes, England memperoleh pendapatan £10,000 (RM58,236) sehari walaupun baru berusia 17 tahun sekali gus lebih tinggi berbanding gaji ibu bapanya yang bekerja sebagai penasihat kewangan.

Alicia Breuer membuka akaun TikTok pada Jun 2020 dan ba­nyak melakukan aksi gerak bibir atau lip sync, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Remaja perempuan itu pada mulanya merancang untuk menyambung pengajian di pe­ringkat universiti, namun menangguhkannya selepas berjaya mendapat tajaan jenama besar se­perti Lancome, Urban Outfitters, Boohoo dan Fenty Beauty.

“TikTok membolehkan saya melakukan ‘sesuatu’ semasa pandemik,

“Jika saya terus memperoleh pendapatan sehingga £10,000 sehari, saya akan fokus kepada penghasilan video dan tidak perlu belajar di universiti,” katanya.

Video pertama Breuer yang menjadi tular adalah menampilkan gerak bibir lagu penyanyi popular Katy Perry, Teenage Dreams.

Selain gerak bibir, kandungan video TikTok gadis itu turut melibatkan ulasan fesyen dan juga teknik solekan.

“Kebanyakan video saya menampilkan nyanyian gerak bibir dan ia tidak mengambil masa panjang untuk dihasilkan.

“Video fesyen juga hanya mengambil masa sekitar satu jam,” jelasnya.

Biarpun sudah tiada perancangan untuk menyambung pe­ngajian dalam bidang psikologi, Breuer berkata, pengajar di sekolahnya menyokong perjalanan kerjaya yang dipilihnya.

“Dua rakan karib amat menyokong kerjaya ini namun jika mereka yang menjalani hidup seperti saya, saya yakin akan berasa cemburu,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI