fbpx

Azri Ahmad pangku jawatan KDNKA Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Azri Ahmad

PETALING JAYA – Jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman akan dipangku Datuk Azri Ahmad berkuat kuasa esok.

Azri yang sebelum ini Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman memangku jawatan tersebut ekoran persaraan wajib Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar esok.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu kenyataan berkata, Abd. Rahim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilahirkan pada tanggal 19 Mei 1961 di Pekan, Pahang dan merupakan anak ke-6 daripada tujuh beradik.

“Anak kelahiran Pahang ini memulakan kariernya dalam pasukan PDRM sebagai Kadet Asisten Superintendan (ASP) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada 2 Februari 1986.

“Setelah tamat latihan asas Kadet ASP beliau telah ditugaskan sebagai ASP Kongsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Kelantan dan seterusnya sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan,” katanya.

Beliau kemudian telah menjawat beberapa lagi jawatan antaranya Komandan Pulapol Zon Selatan Muar, Johor; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Terengganu; Timbalan Ketua JSJ IPK Kedah; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (D3); JSJ Bukit Aman dan Timbalan Ketua JSJ IPK Selangor.

Mengulas lanjut, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia kepolisan terutamanya dalam bidang siasatan jenayah.

“Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah Komander Pasukan Gerakan Am, Briged Tenggara; Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Kedah.

“Pada 29 Januari 2019, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan dan pada tanggal 9 September 2020 beliau mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam,” ujarnya.

Atas sumbangan dan khidmat cemerlang kepada negara, beliau telah dianugerahkan pelbagai bintang dan darjah kebesaran dengan bintang tertinggi, Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 15 Ogos 2020 bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang Ke-61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI