fbpx

Leicester cipta sejarah julang Piala FA sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Leicester meraikan kejayaan menjulang Piala FA selepas menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi semalam.

LONDON – Pengurus Leicester City, Bren­dan Rodgers menyifatkan pasukan itu mencipta sejarah tersendiri apabila menjulang trofi Piala FA buat kali pertama kelab tersebut.

Leicester memenangi saingan Piala FA selepas menewaskan Chelsea 1-0 menerusi jaringan menarik Youri Tielemans pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Kata Rodgers, beliau gembira dengan aksi yang ditampilkan oleh semua pemain selain tidak mudah mengaku kalah biarpun berdepan pasukan besar seperti Chelsea.

“Saya sangat berbangga kerana ia merupakan hari yang cukup bersejarah buat pasukan ini apabila berjaya memenangi Piala FA buat pertama kali dalam sejarah kelab.

“Tahniah kepada semua pemain kerana mereka bersungguh-sungguh pada perlawanan itu. Semua pemain tahu mereka berdepan finalis Liga Juara-Juara,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut memuji ketangkasan penjaga gol, Kasper Schmeichel yang banyak menyelamatkan pintu gol The Foxes daripada dibolosi jentera serangan Chelsea.

“Saya perlu jelaskan, Kasper menampilkan aksi berkelas dunia apabila banyak menyelamatkan kami sepanjang perlawanan. Barisan pertahanan juga bermain dengan baik bagi mengekang asakan pasukan lawan,” tambah Rodgers. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI