fbpx

Hafizh gagal meraih mata di GP Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH SYAHRIN gagal mengutip sebarang mata selepas menamatkan saingan di tempat ­ke-18 pada GP Algarve di Portugal kelmarin.

IMPIAN pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk me­raih mata dalam saingan Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tidak kesampaian apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-17 pada Grand Prix (GP) Perancis semalam.

Hafizh yang beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP dilihat bermula baik sewaktu pelepasan grid apabila berjaya memintas seorang demi seorang pelumba untuk berada di kedudukan ke-18 pada awal saingan.

Keadaan litar yang sedikit basah menyebabkan beberapa pelumba terjatuh sekali gus membuka ruang kepada Hafizh untuk berada di kedudukan kelompok 10 terbaik.

Bagaimanapun, Hafizh dilihat gagal mengekalkan kedudukan itu dan terpaksa berpuas hati mengakhiri perlumbaan di tempat ke-17 meskipun dilihat berpeluang untuk mengutip mata pertamanya musim ini.

Ia merupakan keputusan terbaik dicapai Hafizh selepas mempamerkan peningkatan positif.

Pada perlumbaan GP Sepanyol, Hafizh menamatkan saingan di kedudukan ke-17, satu peningkatan berbanding tempat ke-18 pada GP Portugal dan ke-21 bagi GP Doha.

Pada saingan semalam, pasukan Red Bull KTM Ajo melakukan kejutan apabila meraih kemenangan 1-2 menerusi Raul Fernandez dan Remy Gardner manakala pelumba Sky Racing Team VR46, Marco Bezzecchi sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga.

“Perlumbaan ini sangat mencabar kerana ke­adaan litar sedikit basah dan menyukarkan saya untuk mengambil selekoh dengan laju. Saya juga terpaksa berhati-hati awal perlumbaan dan akhirnya saya berjaya meraih kemenangan di sini,” kata Fernandez.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI