fbpx

Ajal warga emas dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal mangsa rentung akibat terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 78.1 (U) Lebuh Raya Utara Selatan, Ayer Hitam- Yong Peng, Batu Pahat, Johor hari ini.

BATU PAHAT- Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan akibat dirempuh lori ketika berada di Kilometer 78.1 (U) Lebuh Raya Utara Selatan, Ayer Hitam- Yong Peng, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Ahmad Yusof Kartow, 61, mengalami kecederaan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak dirempuh dari belakang oleh sebuah lori jenis Nissan yang dipandu lelaki berusia 55 tahun.

“Kedua-dua kenderaan itu sedang dalam perjalanan dari arah Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur.

“Ketika di tempat kejadian, sebuah lori melanggar motosikal mangsa dari belakang sekaligus menyebabkan mangsa cedera dan maut di tempat kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasatan dan usaha mengesan waris si mati masih dijalankan.

Beliau berkata, sesiapa yang mengenali mangsa diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Salmiah Mohamed di talian 07-4327704.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI