fbpx

Lelaki diberkas selepas 12 jam larikan telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang lelaki tidak sempat merasa hasil pecah rumah apabila diberkas polis selepas 12 jam melarikan telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM5,000 dalam kejadian di Jalan Bukit Lintang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil maklumat awam, suspek berusia 37 tahun itu berjaya diberkas pada pukul 5.45 petang di kawasan Jalan Padang Balang, Batu Berendam.

Katanya, mengikut laporan dibuat mangsa, suspek dikatakan telah pecah masuk ke dalam rumah terbabit melalui pintu belakang yang rosak kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Ketika kejadian pemilik rumah sedang tidur bersama-sama tiga ahli keluarganya yang lain di rumah teres satu tingkat itu.

“Mangsa yang berusia 21 tahun hanya menyedari kejadian tersebut selepas bangun tidur pada pukul 6 pagi dan mendapati empat buat telefon bimbitnya serta wang tunai telah hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu selepas terdesak ingin mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah.

“Suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan dua lagi membabitkan kesalahan dadah.

“Dia kini direman selama lima hari sehingga 19 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI