fbpx

‘Kak Nita, Abang Mahathir sihat di AS’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANITA SARAWAK bersama suaminya, Mahathir.

PETALING JAYA – SELEPAS 10 tahun menghilangkan diri tanpa jejak, kerinduan dan kerisauan peminat terhadap penghibur berstatus superstar, Anita Sarawak sedikit reda apabila adiknya, Noorkumalasari juga bekas pelakon popular berkongsi perkembangan tentang penyanyi itu.

Kata pemilik nama lengkap, Noor Kumalasari Mohamed Taib itu, Anita atau nama penuhnya, Ithnaini Mohd Taib, 69, berada dalam keadaan sihat walafiat di samping suami tercinta, Mohammad Mahathir Abdullah di Amerika Syarikat (AS).

“Setiap kali raya memang dia akan telefon. Dia di AS dan kalau waktu raya dia akan telefon kakak sulung. Kebetulan kalau Kak Noor ada ketika dia telefon, baru boleh bercakap dengannya dengan Mahathir.

“Elok juga dia (Anita) tak berhubung dengan Kak Noor sebab paparazi ramai dan suka kacau,” katanya seperti dipetik dalam sebuah rancangan hiburan televisyen.

NOOR KUMALASARI dan Anita Sarawak.

Ditanya pengacara program terbabit, Awal Ashaari tentang keadaan kesihatan kakaknya, Noorkumalasari menjawab: “Alhamdulillah. Setakat ini, dia sihat bersama dengan abang Mahathir.”

Sebelum ini, Noorkumalasari yang juga merupakan penyanyi dan pelakon popular era 1980-an, mengesahkan kakaknya yang sering dibahasakan Kak Nita itu sudah bersara daripada bidang nyanyian kerana mahu memberi tumpuan terhadap perniagaan hartanah.

Sejak kembali ke AS pada 2012, Anita yang cukup dikenali menerusi lagu Akhirnya Kini Pasti itu menghilangkan diri daripada peminat bahkan tidak pernah dapat dihubungi oleh mana-mana media. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI