fbpx

Kompaun lebih RM900 jika gagal kemas meja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam perlu membersihkan meja makan sendiri sebaik sahaja selesai menjamu selera bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. - Coconuts.co

SINGAPURA – Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengumumkan bermula bulan depan, individu yang gagal mengemas meja selepas makan di premis-premis seperti restoran, gerai, kedai kopi dan pusat penjaja akan dikenakan kompaun sebanyak S$300 (RM929), lapor laman berita Coconuts.co semalam.

Agensi tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah tersebut diambil bagi mengukuhkan kesihatan awam ketika pandemik Covid-19.

“NEA menggesa orang ramai mengamalkan kebersihan di tempat makan awam bagi melindungi premis dan juga para pekerja di situ yang kebanyakannya merupakan golongan berusia,” tulis agensi tersebut dalam satu kenyataan. 

Keputusan itu dibuat pihaknya selepas menjalankan kempen selama beberapa bulan kepada warga Singapura untuk membersihkan sendiri meja makan setelah selesai menjamu selera bagi mengekalkan standard kebersihan pada tahap tinggi.

Penduduk Singapura diberi masa selama 3 bulan untuk membiasakan diri dengan peraturan baharu itu. 

Agensi itu berkata,  penguatkuasaan undang-undang tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya bermula September ini.

Petugas agensi itu akan ‘turun padang’ bermula Jun ini untuk mengingatkan orang ramai supaya membuang sendiri tisu, penyedut minuman, pembalut makanan, tin minuman dan botol plastik yang sudah digunakan.

Agensi itu menambah, sampah lain yang tidak disengajakan seperti plastik pembalut makanan yang diterbangkan angin juga dikira sebagai kesalahan dan orang ramai perlu memastikan meja mereka berada dalam keadaan seberapa bersih mungkin. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI