fbpx

4 individu ziarah Aidilfitri dikompaun RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai empat individu termasuk seorang tuan rumah dikenakan kompaun bernilai RM5,000 setiap seorang selepas didapati melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor petang semalam.

Oleh NUR NABILAH RAHMAT

KLUANG – Seramai empat individu termasuk seorang tuan rumah dikenakan kompaun bernilai RM5,000 setiap seorang selepas didapati melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri di Taman Sri Lambak di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini berkuat kuasa di seluruh negara.

“Pihak berkuasa mengesan sebuah rumah di Taman Sri Lambak apabila terdapat empat lelaki sedang berkumpul di ruang balkoni rumah berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.

“Hasil siasatan yanq dijalankan mendapati ketiga-tiga daripada lelaki tersebut datang ziarah ke rumah salah seorang penghuni sempena Hari Raya Aidilfitri di mana aktiviti tersebut tidak dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kemudiannya mengeluarkan empat kompaun di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI