fbpx

Dortmund julang Piala DFB Pokal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan kejayaan Dortmund menjulang kejuaraan DFB Pokal selepas menewaskan RB Leipziq 4-1 di Berlin awal pagi semalam. - AFP

BERLIN – Dua gol masing-masing daripada Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland berjaya menghadiahkan Piala DFB Pokal buat Borussia Dortmund hasil kemenangan 4-1 ke atas RB Leipzig di Olympiastadion awal pagi tadi.

Ia adalah kejuaraan Piala DFB Pokal yang turut dikenali sebagai Piala Jerman buat kali kelima sekali gus menamatkan penantian menjulang trofi sejak 2017.

Kapten Dortmund, Marco Reus menyifatkan dia dan rakan-rakan sepasukannya berhak meraih kejayaan tersebut berdasarkan persembahan cemerlang dipamerkan dalam aksi final tersebut.

Ia secara tidak langsung meningkatkan keyakinan Dortmund menghadapi dua aksi terakhir Bundesliga selepas ini untuk kekal berada dalam kelompok empat teratas sekali gus layak ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami bermain dengan sangat baik dalam separuh masa pertama dan tuah sedikit memihak kepada kami pada separuh masa kedua.

“Paling penting adalah trofi ini sudah menjadi milik kami. Ia telah membuktikan kami kini kembali ke landasan sebenar sebelum menamatkan saingan musim ini,” kata Reus.

Sementara itu, ketua jurulatih Liepzig, Julian Nagelsmann terpaksa akur apabila sekali lagi tewas di pentas final buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

“Sudah tentu anda kecewa apabila kalah dalam perlawanan akhir. Bagaimanapun, saya tetap gembira dengan prestasi pasukan walaupun kami kalah 1-4,” jelasnya.

Kekalahan itu meranapkan hajat Nagelsmann untuk menghadiahkan hadiah perpisahan terbaik buat Leipzig sebelum meninggalkan kelab tersebut dengan menyertai juara Jerman, Bayern Munich musim depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI