fbpx

Jepun sedia tawar suntikan vaksin kepada 2,500 atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEPUN mengambil apa sahaja langkah bagi memastikan Sukan Olimpik Tokyo dapat dianjurkan meskipun dalam situasi pandemik Covid-19.

TOKYO – Jepun dikatakan bersiap sedia untuk menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada kira-kira 2,500 atlet Olimpik, Paralimpik dan staf sokongan ketika rakyat di negara itu sedang marah akibat kelewatan pemberian vaksin.

Jepun ketika ini sedang berusaha untuk mengekang lonjakan kes Covid-19 sehingga melanjutkan perintah darurat di Tokyo dan tiga Wilayah lain sehingga penghujung Mei ini.

Keadaan tersebut menyebabkan majoriti penduduk Jepun menginginkan Olimpik dibatalkan atau ditunda untuk kali kedua demi memastikan kesihatan mereka terjamin.

Ketika ini hanya sekitar 2.6 peratus populasi Jepun telah divaksinasi dan difahamkan atlet negara itu akan diutamakan untuk menerima vaksin sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat Jepun di media sosial.

Tetapi minggu lalu, Pfizer dan BioNTech dari Jerman mengatakan bahawa mereka akan menyumbangkan vaksin Covid-19 melalui Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk membantu menyuntik atlet dan staf yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Pegawai Jawatankuasa Olimpik Jepun dan Jawatankuasa Paralimpik Jepun turut meminta setiap persatuan sukan mengemukakan jumlah atlet dan pegawai yang harus menerima vaksin.

“Kami akan memastikan pemberian vaksin ini tidak menimbulkan masalah bagi keseluruhan penduduk,” kata Ahli Jawatankuasa Paralimpik Jepun, Miho Kuroda.

Sementara itu, IOC dan penganjur Sukan Olimpik Jepun, dan kerajaan Jepun berulang kali menegaskan bahawa temasya sukan terbesar dunia itu tetap dilangsungkan mengikut tarikh ditetapkan iaitu dari 23 Julai hingga 8 Ogos walaupun pihaknya menerima kritikan dari dalam dan luar negara.

Ketika ini, sebanyak 11,000 kematian dicatatkan di Jepun manakala kes jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan Tokyo mencatatkan 925 kes baharu semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI