fbpx

Polis tahan 35 ahli sindiket penipuan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 35 ahli sindiket penipuan dalam talian yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah Kondominium di Jalan Perak di sini hari ini.

PETALING JAYA – Polis berjaya menahan 35 ahli sindiket penipuan dalam talian di sebuah kondominium di Jalan Perak, di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 3 petang itu, kesemua yang ditahan terdiri daripada 29 lelaki dan enam wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, sindiket tersebut telah beroperasi sejak April lalu.

“Sindiket ini beroperasi di sebuah kondominium yang disewa dengan harga RM10,000 sebulan dan menyasarkan pelabur dari negara China.

“Kesemua yang ditahan merupakan pekerja yang baru bekerja tidak sampai sebulan dan menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, hasil soal siasat mendapati kesemua pekerja mengetahui peranan mereka untuk mencari pelabur.

“Mereka akan mencari pelabur dari negara China di media sosial sebelum menawarkan mereka untuk menyertai skim pelaburan saham di negara China, Taiwan dan Hong Kong,

“Serbuan tersebut turut berjaya merampas 172 telefon bimbit pelbagai jenama dan 46 komputer. Kesemua tangkapan akan direman esok untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI