fbpx

Rossi hargai sokongan SRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI sekadar meraih empat mata dalam empat perlumbaan musim ini selepas berdepan masalah pelarasan jentera. – AFP

LONDON – Pelumba Itali, ­Valentino Rossi mengakui, dia mendapat sokongan penuh daripada pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) meskipun gagal mempamerkan aksi terbaik musim ini.

Menerusi empat perlumbaan, Rossi hanya mampu mengutip empat mata dan keputusan terbaiknya adalah ketika beraksi di Grand Prix (GP) Qatar dengan mengakhiri saingan tempat ke-12 keseluruhan.

Masalah cengkaman tayar belakang jenteranya sering menghantui Rossi sejak beberapa tahun yang lalu meskipun pelbagai cara diusahakan Yamaha.

Pada saingan musim ini, Rossi menggunakan jentera yang sama dengan Maverick Vinales dan juga Fabio Quartararo, namun mereka tidak berdepan kesukaran apabila muncul juara dalam tiga perlumbaan lalu.

Rakan sepasukannya yang juga anak didiknya, Franco Morbidelli yang hanya menggunakan jentera spesifikasi A turut tampil cemerlang apabila menaiki podium tempat ketiga di Sepanyol baru-baru ini.

“Saya akui ia adalah perlumbaan yang sukar di mana saya tidak mempunyai rentak tunggangan yang menyakinkan. Meskipun saya berdepan masalah, namun pasukan SRT sentiasa memberi sokongan kepada saya.

“Saya berdepan masalah terutama pada pelarasan jentera. Apa pun saya perlu kekal bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk kembali menaiki podium bersama pasukan,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI