fbpx

Bagusnya cara Shukri layan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMESRAAN Shukri dan Isterinya, Tya dipuji netizen sehingga ramai mahukan seorang suami seperti Shukri. Untungnya Tya!

SETIAP wanita di dunia pasti mengimpikan untuk memiliki seorang suami yang penyayang dan memahami.

Menurut netizen, ciri-ciri tersebut ada pada pelakon kacak Shukri Yahaya.

Reaksi tersebut timbul selepas aksinya memuji dan memujuk isterinya, Tya Adnan dalam beberapa video siaran langsung Instagram (IG).

Dalam salah sebuah video tular tersebut, Shukri muncul dalam siaran langsung IG isterinya dan memuji-muji kejelitaan Tya yang sedang mempromosikan tudung jenamanya. Tersipu-sipu malu Tya dibuatnya!

Tindakan Shukri tersebut dipuji pula para netizen kerana menganggap Shukri sangat mengambil berat dan pandai menjaga emosi isterinya.

Malah, ada juga yang melahirkan hasrat untuk memiliki suami seperti Shukri. Lega dengar, jangan simpan niat rampas suami orang sudah ya.

Apapun, semoga perkahwinan Shukri dan Tya berkekalan hingga ke akhir hayat.

DIVA: Semakin ramai selebriti tanah air yang meluahkan ketidakpuashatian terhadap golongan yang melanggar SOP dengan merentas negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI