fbpx

Red Bull semakin serius buru kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RED BULL bakal beraksi menggunakan enjin sendiri musim depan menyebabkan mereka terpaksa melakukan perubahan besar di dalam pasukan itu. – AFP

LONDON – Pasukan Red Bull Racing (RBR) dilihat serius untuk menandingi Mercedes apabila berjaya ‘mencuri’ lima jurutera teknikal seteru utamanya itu yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom.

Sebelum ini, ketua pasukan Mercedes Toto Wolff mengakui tidak terkejut sekiranya pesaing terkuatnya, RBR akan membawa masuk lebih ramai pakar teknikal enjin menyertai pasukan tersebut.

RBR sebelum ini melakukan kejutan apabila melantik Ben Hodgkinson dari Mercedes sebagai pengarah teknikal yang akan memantau pembangunan enjin buatan mereka.

Pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes itu akan menge­luarkan enjin mereka sendiri bermula musim 2022, selepas pembekal enjin sedia ada iaitu Honda mahu meninggalkan sukan Formula Satu (F1) sebaik musim ini berakhir.

“Projek ini akan merancang semua aktiviti F1 ke satu tempat iaitu di Milton Keynes, United Kingdom. Sudah pasti ia adalah satu tugas yang berat yang akan kami lalui tidak lama lagi.

“Kami tahu kejayaan di F1 bergantung kepada pakar kejurute­raan terbaik. Justeru, kami perlu memberikan tempat, fasiliti dan kemudahan yang lengkap bagi membolehkan mereka menghasilkan kerja terbaik bersama Red Bull Racing.

“Kehadiran Hodgkinson, staf dari Honda dan hari ini terdapat lima jurutera teknikal baharu bersama kami. Pengetahuan, pengalaman dan inovasi mereka menjadi misi penting buat pasukan ini untuk membangunkan unit kuasa jentera Red Bull Ra­cing untuk bersaing dalam perlumbaan pada masa akan datang,” kata Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI