fbpx

Zidane anggap Chelsea layak menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE memaklumkan kepada anak-anak buahnya bahawa beliau bakal meninggalkan Real sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim ini. – AFP

LONDON – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui Chelsea lebih layak untuk me­langkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Pengendali dari Perancis itu berkata demikian selepas menyak­sikan pasukannya ter­singkir di pentas separuh akhir apabila tewas 1-3 secara agregat.

The Blues memastikan langkah juara 13 kali itu terhenti di separuh akhir apabila menang 2-0 dalam aksi timbal balik separuh akhir di Stamford Bridge awal pagi semalam.

“Mereka sangat hebat dan la­yak untuk menang. Saya akui Chelsea bermain lebih baik selain mencipta banyak peluang menjaringkan gol sepanjang aksi.

“Dalam dua aksi separuh akhir ini, mereka benar-benar layak untuk bermain di final. Saya dapat rasakan kami ada kurang sesuatu pada perlawanan ini,” kata Zidane.

Meskipun gagal melangkah ke perlawanan akhir, namun le­genda Real itu tetap memuji barisan pemainnya kerana sudah menampilkan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

“Walau apa yang berlaku, saya tetap bangga dengan pemain-pemain pasukan ini. Kami hanya selangkah untuk ke final, namun apakan daya mereka bermain lebih baik hari ini (semalam),” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI