fbpx

Tauke Ana Dodol maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohana (kanan) menerima sijil penghargaan bagi perusahaan Ana Dodol ketika terlibat dalam program dianjurkan Sekolah Kebangsan Pulau Indah 2 pada dua tahun lalu.

MELAKA – Perjalanan seorang pengusaha dodol untuk menghantar tempahan pelanggannya berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan berhampiran rumahnya di lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin Paya Rumput Indah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, Rohana Abdul, 42, yang juga pengasas Ana Dodol meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Perodua Axia dipandu dirempuh sebuah Proton Persona.

Menurut anak sulung mangsa, Nur Aliyah Zaidi, 23, malam tadi dia telah menghantar dodol kepada salah seorang pelanggan di Krubong, namun kemudian dimaklumkan berlaku kesilapan dan tidak cukup satu kilogram.

“Mama beritahu, dia akan hantarkan sendiri satu kilogram dodol yang tidak cukup itu selepas Subuh memandangkan pelanggan berkenaan perlu keluar bekerja.

“Subuh tadi mama ketuk pintu bilik saya beritahu ingin meminjam kereta dan saya berikan kunci seperti biasa. Kira-kira pukul 7 pagi tiba-tiba pintu bilik saya diketuk lagi, apabila saya buka, adik dan seorang pekerja dalam keadaan terkejut beritahu ada pihak maklumkan saya maut dalam kemalangan.

“Mereka sangkakan saya maut kerana pihak polis menjumpai kad pengenalan saya yang ditinggalkan di dalam kereta untuk kegunaan Touch’n Go. Saya terus maklumkan bahawa yang terlibat dalam kemalangan itu adalah mama,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Paya Rumput di sini hari ini.

Mengulas lanjut, dia berkata, ibunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kebiasaanya mangsa akan mengajaknya jika mahu menghantar dodol.

“Mama telah mengusahakan Ana Dodol 23 tahun. Tadi pun masih ada tempahan yang masuk dan pelanggan yang menghantar pesanan mesej bertanya mengenai dodol, mereka belum tahu lagi, mama dah tak ada..,” ujarnya.

Tambahnya, pada Isnin lalu, dia dan ibunya juga sempat menghantar pesanan 40,000 dodol dalam bekas mini atau dipanggil ‘sumi’ yang ditempah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Rohana cuba membuat pusingan U di lampu isyarat tersebut untuk menuju ke bandar Melaka.

“Bagaimanapun, ketika membuat pusingan U, sebuah Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun telah merempuh merempuh kereta mangsa.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Jabatan Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI