fbpx

Lemas ketika berenang menyeberangi Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bersiap-sedia untuk operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Golok di Rantau Panjang hari ini. - Foto IHSAN BOMBA KELANTAN

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai ketika berenang menyeberangi Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Parking di sini tengah hari ini.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang lemas dalam kejadian pada pukul 1 petang itu masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.13 petang tadi.

Menurutnya, seramai 13 anggota telah digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Selain itu, kita turut dibantu oleh polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Imran memberitahu, berdasarkan maklumat awal, kejadian itu disedari oleh penduduk negara jiran yang melihat mangsa yang sedang berenang di Sungai Golok.

Katanya, SAR sedang giat dijalankan untuk mengesan mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI