fbpx

Dikompaun selepas muat naik gambar pergi ke pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu di sebuah pasar raya di Klau Raub.

RAUB – Seorang lelaki dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 selepas gambarnya yang sedang membuat pembayaran di sebuah pasar raya dengan memakai gelang merah jambu dimuat naik dalam laman Facebook.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, lelaki berkenaan dikompaun semalam kerana gagal kuarantin di rumah sendiri selepas dipakaikan gelang merah jambu.

“Rentetan satu tangkap layar yang dimuat naik oleh penama Rasyidie Azren di laman facebook Penduduk Raub, penama dalam gambar tersebut telah dikompaun oleh pihak polis atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan mengikut peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Alasan yang diberikan oleh lelaki tersebut bahawa dia beranggapan hanya tidak boleh keluar dari kawasan Sungai Ruan dan tidak mendapat penjelasan yang teliti dari pihak Kementerian Kesihatan selepas memakai gelang supaya tidak keluar dari rumah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki tersebut telah dikompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.

“Jadi kita memohon orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis jika nampak pelanggaran SOP terutamanya mereka yg dikenakan tindakan kuarantin.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan orang ramai,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI