fbpx

Mula PdPR hingga lepas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup buat seketika. - Gambar hiasan

SHAH ALAM – Semua institusi pendidikan yang melibatkan hampir sejuta pelajar di seluruh Selangor akan ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini termasuk semua sekolah kebangsaan, sekolah harian dan sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selain berharap sekolah swasta turut mengikuti arahan itu.

Katanya, penutupan itu hasil persetujuan Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Pendidikan yang dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

“Penutupan ini sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan. Ini mengambil kira tempoh cuti yang lazimnya dimulakan pada Isnin iaitu 10 Mei.

“Keputusan penutupan dua hari awal sebelum cuti sekolah bermula diambil setelah mendapati masih berlaku risiko-risiko jangkitan di sekolah meskipun pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan ketat,” katanya pada sidang akhbar khas pelaksanaan PKP semalam.

Jelasnya, kesemua SOP pematuhan adalah termaktub kepada apa yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkam penutupan sekolah turut melibatkan seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini dan esok.

Ujar kenyataan itu, keputusan untuk menutup sekolah di kedua-dua wilayah itu adalah bagi mengurangkan ­pergerakan dalam komuniti dan pergerakan antara negeri ­memandangkan kedudukannya yang bersempadan dengan daerah-­daerah dalam negeri Selangor.

“Dalam tempoh penutupan tersebut, PdPR akan ­dilaksanakan mengikut kesesuai­an guru dan murid,” kata kenya­taan itu.

KPM berkata, bagi pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri, pihak ­sekolah perlu mengekalkan ­jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan untuk menge­lakkan kekeliruan dalam kala­ngan murid dan ibu bapa atau penjaga. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI