fbpx

Kebenaran 70 peratus kapasiti jemaah masjid bandar di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan solat sunat tarawih, fardu dan Jumaat di masjid bandar, negeri serta jajahan di seluruh negeri bermula hari ini.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Kadir berkata, kebenaran itu diberikan dengan 70 peratus daripada kapasiti masjid selepas penjarakan saf sejauh dua meter.

Katanya, ia bertujuan bagi memberi peluang kepada muslimin dan muslimat untuk beribadah di masjid-masjid tersebut di hari-hari terakhir bulan Ramadan tahun ini.

“Memandangkan kes Covid-19 yang telah menunjukkan penurunan di Gua Musang, maka pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih di masjid-masjid mukim jajahan dibenarkan dengan 70 peratus daripada kapasiti masjid selepas penjarakan dua meter.

“Bagi semua masjid mukim, surau dan musolla selain di daerah Gua Musang, masih ditutup untuk semua aktiviti. Bagaimanapun, imam tua, imam muda, bilal dan sial dikehendaki hadir bertugas untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih di masjid serta surau masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya yang juga Tengku Temenggung Kelantan, aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain masih tidak dibenarkan.

Katanya, kebenaran itu telah mendapat perkeman daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Oleh itu, pihak Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.

“Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI