fbpx

Banduan lari selepas sebutan kes ditahan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.
Banduan lelaki yang melarikan diri sejurus sebutan kes dibacakan ke atas dirinya dalam kejadian di Mahkamah Kudat kelmarin.

KUDAT – Polis berjaya menahan semula seorang banduan lelaki yang melarikan diri dari Mahkamah Kudat kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, banduan lelaki terbabit dikatakan dibawa ke mahkamah berkenaan untuk sebutan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 akta yang sama.

Bagaimanapun, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah sejurus sebutan kes dibuat.

Namun, lelaki berusia 35 tahun itu berjaya ditahan semula oleh sepasukan polis di kawasan Kampung Pengaraban kira-kira pukul 7 petang.

Difahamkan, banduan tersebut sedang menjalani hukuman satu tahun penjara di Penjara Kepayan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan banduan terbabit sudah ditahan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI