fbpx

KL City sekat momentum Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan KL City berada dalam kelas tersendiri kali ini untuk merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Penang FC di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi. - Foto oleh KL City

PETALING JAYA – Pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya menamatkan rekod tanpa kalah sembilan perlawanan yang dimiliki oleh Penang FC selepas menang 3-1 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Warga Kota yang dibimbing oleh Bojan Hodak berjaya meraih gol pembukaan menerusi kapten pasukan, Paulo Josue pada minit ke-35.

Bersambung pada babak kedua, Josue menggandakan kelebihan buat pasukan tuan rumah dengan jaringan kedua peribadi pada minit ke-52.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad Harimau Kumbang kendalian Thomas Trucha memperkemaskan jentera serangan dan berjaya merapatkan kedudukan hasil ledakan penyerang sensasi, Danial Ashraf pada minit ke-63.

Namun, Josue yang juga import kelahiran Brazil ternyata berada dalam kelas tersendiri pada aksi kali ini selepas meledak jaringan hatrik pada minit ke-88 sekali gus mengesahkan tiga mata penuh buat pasukan.

Keputusan tersebut menyaksikan KL City mengumpul 16 mata selepas mengharungi 12 perlawanan manakala Penang FC kekal dengan 22 mata di kedudukan ke-4 liga.

Sebagai rekod, ini adalah kekalahan kedua Penang FC selepas tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 9 Mac lepas.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI