fbpx

“Aidilfitri tidak lagi bermakna buat saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosnani memberi susu melalui tiub kepada Suni Angun yang menghidap Hydrocephalus atau lebihan cecair di bahagian otak ketika ditemui di Kampung Batu 2, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagaikan tiada makna buat seorang wanita setiap kali mengenangkan nasib anak perempuannya yang mengalami penyakit Hydrocephalus atau lebihan cecair pada bahagian otak hingga mengakibatkan kepalanya membesar.

Wan Rosnani Wan Yusof, 41, dari Kampung Batu 2 di sini berkata, kepala anaknya, Suni Angun Abdullah, 5 bulan, semakin membesar sehingga berat badannya mencecah lapan kilogram.

Katanya, anak kesembilannya yang dilahirkan dengan bibir sumbing terpaksa minum susu melalui tiub khas setiap tiga jam sekali selain memerlukan rawatan di Hospital Gua Musang.

“Saya juga bimbang keadaan kepalanya yang semakin membesar kerana dia semakin kerap menangis terutamanya ketika waktu malam.

“Saya berbelah bahagi sama ada hendak membenarkan anak dibedah kerana bimbang dia akan bergantung kepada mesin sokongan hayat sepanjang hidupnya dan berharap ada pakar dapat memberi khidmat nasihat,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 2 di sini semalam.

Tambahnya, dia semakin buntu memikirkan nasib anaknya itu dan hanya berserah kepada takdir.

Menurut Wan Rosnani, dia juga terpaksa melupakan sebarang persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi akibat kemiskinan hidup.

“Suami hanya mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan dan sekadar cukup untuk belanja makan.

“Enam lagi anak hasil daripada perkahwinan terdahulu tidak tinggal di rumah ini. Mereka tinggal bersama bapa mereka selepas berpisah dua tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim yang bersimpati dengan nasib bayi berkenaan tampil menghulurkan sumbangan untuk membeli susu, lampin pakai buang dan akan berusaha mendapatkan bantuan bersesuaian.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga bayi berkenaan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Public Islamic milik Wan Rosnani, 6807665623 atau menghubunginya di talian 016-743 4121.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI