fbpx

Menarik Ramadan Raya Suria FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA program menarik raya Suria FM.

SENTIASA berusaha dalam menyediakan pengisian terbaharu dan menarik kepada pendengar setia, stesen radio Suria FM memperkenalkan rangkuman program berbentuk ilmiah, hiburan, drama pendek dan peraduan menarik sempena Ramadan Raya tahun ini.

Semua program yang disajikan boleh didengari menerusi frekuensi Suria FM atau platform digital antaranya laman web www.suria.my, saluran YouTube SuriaTV selain media sosial Suria Malaysia (Facebook, Instagram dan Twitter).

Selaku pengurus besar stesen terbabit, Roslinda Abd. Majid berkata, Suria FM masih mengekalkan tema sama seperti kempen Ramadan Raya tahun lalu iaitu Sebarkan Kebaikan, Kongsi Kegembiraan – Suria Bersama Anda.

“Disebabkan kita masih terkesan dengan penularan Covid-19, kami masih mengekalkan tema sama seperti tahun lalu. Itu sebagai tanda keprihatinan kami terhadap pendengar setia Suria FM.

“Kami juga mahu memberi semangat kepada pendengar untuk maju ke hadapan berkongsi nilai positif sesama kita,” ujarnya.

Antara program menarik yang menanti pendengar Suria FM tahun ini kenbali dengan siaran lagu dan video muzik Kembali Raya.

Inisiatif berkenaan merupakan kesinambungan lagu Segalanya Lebih Bermakna yang pernah disiarkan sebelum ini. Untuk Kembali Raya, lagu berkenaan berkisarkan kemeriahan sambutan Aidilfitri dan nikmat berkongsi kegembiraan.

Lagu tersebut dinyanyikan oleh penyampai-penyampai Suria FM dan video muziknya ditayangkan menerusi semua platform radia berkenaan.

Tambah Roslinda atau mesra disapa sebagai DJ Lin, kempen tahun ini bukan sahaja menyajikan pengisian terbaharu yang menarik dan menghiburkan, bahkan terdapat juga penganjuran peraduan menawarkan sejumlah wang tunai kepada pendengar.

Drama pendek

Tambah menarik, tahun ini Suria FM turut menerbitkan sebuah drama pendek berjudul Warung Konah yang menceritakan kejadian pelik di sebuah kampung.

Penduduk kampung diganggu Bidin, seorang lelaki misteri yang sering muncul secara tiba-tiba.

Seorang demi seorang penduduk menceritakan pengalaman terserempak kelibat menyerupai Bidin, namun persoalannya, kelibat menghantui kawasan kampung hanya pada penghujung Ramadan?

Drama pendek berkenaan bersiaran pada 30 April lalu pukul 9 malam.

Kempen Ramadan Raya Suria FM kali ini turut terisi dengan peraduan Katering Raya Suria yang membolehkan pendengar berpeluang memenangi hadiah pakej katering bernilai RM650 dan wang tunai RM500.

Penyertaan diterima menerusi perkongsian video tarian raya bersama ibu tercinta dalam Facebook atau Instagram sehingga 30 April lalu.

Memanfaatkan bulan suci Ramadan, sebuah program berjudul Sirah Anbiya pula membawa pendengar menelusuri perjalanan para anbiya serta menghayati dan mempelajari kisah sepanjang zaman tentang 25 nabi dan rasul.

Program berkenaan menampilkan penceramah terkenal PU Azman.

Bagi membantu golongan memerlukan dan asnaf, program Ramadan Suria FM tahun ini juga menyediakan sebuah program iaitu Kaunter YBae Pah bersama Malaysia Relief Agency (MRA) merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

YBae Pah iaitu penyampai Suria FM, Sharifah Shahirah turun padang membantu golongan yang memerlukan pada 25 April dan 1 Mei lalu.

Aktiviti tersebut boleh ditonton menerusi Facebook Suria FM. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.suria.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI