fbpx

Beli-belah online guna Aplikasi PLUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai tawaran menarik ditawarkan menerusi aplikasi PLUS.

PETALING JAYA – Orang ramai terutama pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kini boleh membeli-belah secara dalam talian menerusi Aplikasi PLUS.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, PLUS berkolaborasi dengan Lazada Malaysia untuk tujuan itu.

“Aplikasi PLUS kini menampilkan ikon Lazada di mana pelanggan boleh menikmati tawaran pelbagai jenama, produk dan potongan harga istimewa,” kata PLUS dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew berkata, pelanggan PLUS akan menikmati tawaran dan ganjaran menarik membeli-belah menerusi Aplikasi PLUS.

Menurut beliau, melalui kerjasama itu, pengguna Aplikasi PLUS akan menikmati baucar eksklusif daripada Lazada Malaysia.

Kata beliau, pembeli baharu berpeluang menebus baucar bernilai RM14 bermula 1 Mei sehingga 31 Mei 2021.

Tambah beliau, manakala pengguna Aplikasi PLUS dan pembeli Lazada Malaysia sedia ada boleh menebus baucar sebanyak RM10 sehingga 5 Mei 2021.

Katanya, orang ramai hanya perlu memuat turun Aplikasi PLUS melalui Google Play atau Apple Store dan mendaftar sebagai ahli PLUSMiles untuk mengakses laman web Lazada di halaman utama PLUSMiles. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI