fbpx

Declan Rice kembali mantapkan West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE berdepan masalah kecederaan lutut, namun kini sudah kembali cergas untuk beraksi. – AFP

LONDON – Pengurus West Ham United, David Moyes mengakui lega menjelang aksi menentang Burnley Selasa ini apabila kembali mendapatkan khidmat pemain tengah bertahan, Declan Rice.

Rice mengalami kecederaan lutut bulan lalu dan terpaksa berehat menyaksikan West Ham bolos 11 gol dalam lima perlawanan termasuk kekalahan berturut-turut menentang Newcastle dan Chelsea sekali gus merencatkan peluang mereka ke saingan Liga Juara-Juara.

“Rekod di bahagian pertahanan kami agak teruk sejak kebelakangan ini mungkin kerana ketiadaan Declan Rice. Saya fikir dia adalah pemain penting.

“Dia sudah kembali menjalani latihan tetapi saya masih belum pasti mengenai tahap kecergasannya setakat ini, namun kami mempunyai masa sebelum turun menentang Burnley.

“Perkembangannya sangat baik ketika ini, saya gembira jika dia kembali berada pada tahap terbaik dan kami akan cuba untuk mempersiapkannya untuk perlawanan selepas ini,” katanya.

Kekalahan kepada Chelsea minggu lalu menyebabkan mereka terkeluar daripada kelompok empat pasukan teratas, namun percaya pe­luang mereka masih terbuka untuk menyertai saingan pentas Eropah.

“Saya sentiasa gembira untuk membawa pasukan ini beraksi di pentas Eropah kerana ia pastinya akan membuatkan para peminat kami gembira.

“Pasukan ini akan cuba merealisasikan impian para peminat yang sudah sekian lama mahu melihat West Ham beraksi di pentas Eropah dan kami akan cuba lakukannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI