fbpx

Pekerja kilang positif Covid-19 mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki dikenali Babu yang mati ditikam rakan senegaranya warga Bangladesh.

KUALA LANGAT – Seorang pekerja kilang warga Bangladesh yang positif Covid-19 mati ditikam di bahagian dada oleh rakan senegaranya dalam kejadian di rumah kongsi pembinaan kilang kertas Bandar Perindustrian Mahkota Banting, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa dikenali Babu berusia 44 tahun maut di lokasi kejadian selepas tikaman itu terus mengenai jantungnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati terdapat 140 pekerja asing yang tinggal di rumah kongsi dengan kesemuanya dikehendaki menjalani saringan Covid-19 pada Rabu lalu.

Katanya, hasilnya kira-kira 30 orang didapati positif dan ditempatkan di satu kawasan berhampiran rumah kongsi untuk proses kuarantin.

“Berdasarkan siasatan dapati punca pergaduhan ekoran suspek telah mengeluarkan barang-barang kepunyaan mangsa dari rumah kongsi tanpa kebenarannya.

“Pertengkaran berlaku yang seterusnya membawa pergaduhan melibatkan lima warga Bangladesh dengan seorang daripadanya mati selepas tikaman pemutar skru mengenai jantungnya. Dua lagi rakan mangsa cedera di bahagian perut akibat terkena tikaman daripada senjata sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua yang terlibat dalam pergaduhan tersebut adalah positif Covid-19.

Tambah Azizan, dua suspek yang melarikan diri susulan kes itu kemudiannya berjaya diberkas enam jam kemudian kira-kira pukul 3.30 pagi semalam.

“Kedua-dua suspek berusia 42 dan 44 tahun itu ditangkap hadapan sebuah premis perniagaan kayu di persimpangan Taman Manggis Jaya.

“Mereka turut mengaku telah bergaduh dengan mangsa dan menikam dengan menggunakan pemutar skru,” jelasnya.

Beliau menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI