fbpx
TZE LIANG terpaksa akur gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun selepas gagal meraih podium pada Piala Dunia Terjun di Tokyo sebentar tadi.

Harapan Tze Liang ke Olimpik berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Ooi Tze Liang terpaksa melupakan hasrat beraksi di pentas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada Julai depan.

Ia selepas atlet berusia 27 tahun itu sekadar menduduki tempat ketujuh bersama pasangannya, Chew Yi Wei dalam aksi final tiga meter (m) seirama pada Piala Dunia Terjun 2021 di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.

Tze Liang-Yi Wei sekadar memungut 387.63 mata keseluruhan daripada enam terjunan pada aksi final yang menyaksikan pingat emas dimenangi Jack Laugher dan Daniel Goodfellow dari Britain dengan 440.94 markah.

Pingat perak menjadi milik pasangan Jerman, Patrick Hausding-Lars Rudiger dengan markah 433.92 sementara tempat ketiga dimenangi Nikita Shleikher dan Evgenii Kuznetsov dari Rusia (415.86 mata).

Situasi itu telah menutup peluang Tze Liang untuk membuat penampilan kedua di pentas Sukan Olimpik selepas beraksi dalam acara 10m platform pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Bagaimanapun, Yi Wei masih mempunyai satu peluang terakhir kerana bakal beraksi dalam acara 3m papan anjal individu pada Rabu ini.

Sementara itu, pasangan sensasi negara, Pandelela Rinong dan Leong Mung Yee gagal menaiki podium apabila menduduki tempat keempat pada final acara 10m seirama dengan 288.36 mata.

Mereka tewas kepada Caeli McKay-Meaghan Benfeito dari Kanada yang meraih pingat emas, Lois Toulson-Eden Cheng (Britain) di tempat kedua dan Tina Punzel-Christina Wassen (Jerman) meraih tempat ketiga.

Biarpun gagal membawa pulang pingat, namun tempat Pandelela dan Mung Yee ke Olimpik Tokyo 2020 tidak terjejas selepas mereka sudah melayakkan diri ke temasya berprestij dunia itu sejak tahun lepas lagi. – K! ONLINE

POPULAR