fbpx

RM2.4 juta akan dibelanjakan MPSepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid

CYBERJAYA – Sebanyak RM2.4 juta peruntukan akan dibelanjakan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk projek berskala kecil dan baik pulih infrastruktur di kawasan pentadbiran itu.

Ia melibatkan projek bagi baik pulih semula Medan Selera Bagan Lalang dengan melibatkan kos RM400,000, Pasar Dengkil (RM200,000), Pasar Salak (RM500,000) dan penurapan parkir Jeti Sirip Biru Bagan Lalang melibatkan kos RM100,000.

Selain itu, turut akan dilaksanakan ialah kerja-kerja baik pulih dua buah lif di Apartment Jati Taman Mas yang melibatkan kos RM1.2 juta.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, kesemua projek terbabit perlu disiapkan dalam tempoh sekurang-kurangnya lima bulan.

“Sekarang MPSepang sedang dalam proses menyiapkan dokumen untuk perolehan sebut harga sebelum diiklankan bermula 10 Mei ini.

“Kita berharap akan dapat kontraktor yang bagus supaya dapat mencapai tempoh pelaksanaan sepertimana yang dikehendaki,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Hamid berkata, sebagai permulaan, pihaknya terlebih dahulu
akan membangunkan unit Medan Selera Bagan Lalang yang terbakar dalam kejadian 15 Mac lalu menerusi peruntukan tersebut.

“Perancangan selebihnya ialah membangunkan premis lima tingkat dilengkapi motel mampu milik di kawasan lapang berdekatan kawasan terbabit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI