fbpx
Abd. Hamid Hussain

MPSepang anjur program struktur semula ekonomi belia pasca Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Universiti Multimedia (MMU) menganjurkan Program Penstrukturan Ekonomi Pasca Covid-19: Belia Sepang bermula 22 November ini yang bermatlamat menjana semula ekonomi golongan tersebut selepas berdepan pandemik COvid-19.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, program berkenaan bermatlamat melahirkan masyarakat Sepang yang berpengetahuan dan berkemahiran dengan menekankan elemen keusahawanan bagi memperkasa pembangunan insan.

“Program dilaksanakan bagi membentuk dan membangunkan kompetensi asas belia sebagai usahawan dan memperkasa pengetahuan dan kemahiran mereka.

“Ia supaya mereka menjadi anak Sepang yang berjaya dengan kemahiran komunikasi serta penambahbaikan dalam proses pembelajaran,” katanya hari ini.

Menurutnya, sasaran program adalah dalam kalangan belia dari Jawatankuasa Perunding Zon MPSepang, belia dari tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Dengkil, Sungai Pelek dan Tanjung Sepat serta belia pemegang lesen perniagaan MPSepang.

Abd. Hamid berkata, bagi DUN Dengkil, program akan berlangsung pada 22 dan 23 November ini, manakala bagi DUN Sungai Pelek pada 29 dan 30 November manakala DUN Tanjung Sepat pada 6 dan 7 Disember.

Program dilaksanakan secara dalam talian dengan penyertaan dihadkan seramai 25 belia bagi satu sesi dan mereka yang berminat boleh mengisi butiran menerusi https://forms.gle/xi5TLcAGbCN2iofy6. – K!ONLINE

POPULAR