fbpx
DOKU (kiri) menyelamatkan maruah City apabila meledak gol penyamaan pada penghujung perlawanan. - AFP

EPL: City belum sedia kibar ‘bendera putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan, pasukannya tidak akan mengalah terlalu awal untuk terus memberikan tentangan bagi mencabar takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Citizens berdepan situasi cukup sukar ketika ini selepas diikat 3-3 oleh Everton di Stadium Hill Dickinson awal pagi semalam, sekali gus memberi kelegaan kepada pendahulu, Arsenal yang memiliki kelebihan lima mata.

“Adalah lebih baik untuk memperoleh satu mata daripada pulang tangan kosong walaupun mengharapkan kemenangan. Kami tahu perlawanan akan menjadi sukar kerana pasukan lawan cukup agresif.

“Di separuh masa pertama kami tampil dengan aksi luar biasa, namun selepas itu mereka (Everton) bangkit. Kami tetap bermain baik tetapi mungkin tidak sebagus di separuh masa pertama.

“Sebelum perlawanan, segalanya terletak di tangan kami sendiri tetapi sebaliknya berlaku. Kami perlu bersiap sedia untuk aksi berdepan Brentford dan akan teruskan cabaran sebelum lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

Pada perlawanan itu, Jeremy Doku terlebih dahulu meletakkan City di depan, namun Everton melakukan kebangkitan dengan meledak tiga gol, dua daripada Thierno Barry dan satu gol Jake O’Brien.

Bagaimanapun, The Citizens kembali melawan dan berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Erling Haaland sebelum Doku muncul wira pasukan dengan meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

Ketika ini, City kekal di tangga kedua liga mengumpul 71 mata daripada 34 perlawanan, kurang lima mata berbanding Arsenal di puncak liga tetapi The Gunners sudah beraksi lebih satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN