fbpx

MPSepang cadang tambah satu PPV di Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mencadangkan tambahan sebuah lagi pusat pemberian vaksin (PPV) iaitu di Dewan Komuniti Serin, Cyberjaya di bawah Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) bagi meningkatkan jumlah pemberian vaksin kepada rakyat.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, kerajaan Selangor melalui SelGate HealthCare Sdn. Bhd. di bawah Program SCVP membuka cadangan penambahan PPV yang turut melibatkan daerah ini.

“Bagaimanapun, perkara ini masih lagi di peringkat perbincangan. Namun, MPSepang mencadangkan sebuah lagi lokasi PPV diberi perhatian iaitu di Dewan Komuniti Serin, Cyberjaya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya,  sebuah PPV iaitu Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi sudah beroperasi ketika ini dan antara lain diselia Pejabat Tanah Daerah Sepang, Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama MPSepang.

“Selain itu, MPSepang turut menyediakan khemah tambahan di PPV dengan perbelanjaan sebanyak RM 7,950 sebulan,” katanya.

Sementara itu dalam perkara berkaitan, Abd. Hamid memberitahu, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, MPSepang setakat ini mengeluarkan satu kompaun di bawah Akta 342 manakala 85 kompuan menerusi rondaan bersepadu.

“Antara fokus utama adalah memastikan semua premis dan penjaja yang beroperasi mempunyai lesen sah daripada MPSepang selain memastikan perniagaan kategori perlu sahaja beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI