fbpx

Isu penjagaan anak, punca suami isteri bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pasangan suami isteri berkenaan sedang bergaduh dalam kereta sepertimana yang tular di media sosial, semalam.

PETALING JAYA – Salah faham mengenai penjagaan anak dipercayai punca yang menyebabkan pasangan suami isteri bergaduh di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling sehinggakan rakaman video kejadian itu tular di media sosial semalam.

Terdahulu, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat telah tular selepas dimuat naik seorang pemilik akaun di Twitter yang memaparkan pasangan suami isteri bertengkar sambil memangku seorang bayi dalam kereta di hadapan sebuah kedai di lokasi berkenaan.

Perakam video itu mendakwa si suami telah memukul isteri dan bayinya, menyebabkan dia menjerit meminta pertolongan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pasangan berkenaan telah datang ke Balai Polis Sri Petaling sekitar pukul 4 petang pada hari yang sama.

“Hasil soal siasat mendapati pasangan itu mengaku berlaku salah faham mengenai urusan penjagaan anak.

“Justeru itu, Ketua Balai Polis Sri Petaling menasihati mereka supaya membuat laporan polis, namun mereka enggan berbuat demikian dan sudah berdamai sebelum beredar dari balai,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menafikan komen warganet yang mendakwa polis tidak menjawab telefon dan tidak melaksanakan tugas dengan baik ketika kejadian itu berlaku.

“Saya menafikan komen berkenaan dan segala tindakan telah diambil oleh Ketua Balai Polis Sri Petaling.

“Dakwaan netizen (warganet) adalah tidak benar sama sekali,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam melontarkan komen yang boleh menjatuhkan imej dan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta persepsi orang awam terhadap jabatan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI