fbpx

15 Jun tarikh akhir serahan dokumen lanjut Syed Iqmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED IQMAL

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Jun ini bagi tarikh akhir serahan dokumen lanjutan kepada pihak pembelaan pertuduhan cabul dan persetubuhan luar tabii yang dihadapi pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid memaklumkan terdapat satu dokumen masih belum dapat diserahkan iaitu melibatkan laporan perubatan mangsa.

“Dokumen lain telah diberi kecuali dokumen perubatan sahaja belum diserahkan,” katanya.

Dalam prosiding itu, peguam Syed Amirul Syed Edros mewakili Syed Shah Iqmal ,26, turut mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 19 Mac lalu, kes cabul yang dihadapi Syed Iqmal dibenar dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen di sini selepas Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes itu dipindahkan.

Pada 10 Disember tahun lalu, di Mahkamah Sesyen di sini, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sementara, di Mahkamah Majistret ketika itu, pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pada 16 Mac lalu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam  pendakwaan sudah menyerahan kepada pembelaan dua dokumen berkaitan laporan perubatan bagi kes rogol Syed Shah Iqmal yang didakwa atas petuduhan merogol seorang wanita dua tahun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI