fbpx

Punca Kang Daniel ‘takut’ keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG DANIEL

KETIKA muncul dalam program I Live Alone, penyanyi Kang Daniel mengakui dia boleh tinggal selama sebulan lamanya di rumah tanpa keluar ke mana-mana.

Paling mengejutkan, penyanyi itu juga mendedahkan tidak mustahil sekiranya dia tidak keluar rumah selama setahun.

Jelas penyanyi lagu Waves itu, dia pernah melalui detik mengejutkan apabila sebelum ini ramai orang berkata, mereka kerap bertemu dirinya di luar sedangkan hakikatnya, dia bukan seorang yang gemar keluar rumah.

“Mereka kata terserempak saya di Hongdae, ada juga di Itaewon tetapi itu bukan saya. Ironi, walaupun tiada bukti yang mengatakan itu adalah saya, tetapi semua orang seakan percaya dengan telahan tersebut,” katanya.

Disebabkan kerap dikaitkan dengan perkara tersebut, dia mendedahkan semakin tidak berminat untuk keluar dari rumah.

“Ada juga orang kata, saya berjalan di Sungai Han dan meludah sana-sini. Ramai yang percaya. Sudahnya, saya jadi makin malas mahu keluar dari rumah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI