fbpx

Penerbangan keluar, masuk dari India disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan mengambil langkah mencegah penularan varian baharu dari India dengan menyekat sementara penerbangan masuk dan keluar dari negara berkenaan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan itu akan bermula Rabu ini selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju dengan perbentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai varian itu.

“Mana-mana pengembara yang memulakan perjalanan dari mana-mana destinasi di India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit untuk ke Malaysia juga dilarang memasuki negara ini.

“Larangan itu turut terpakai bagi penumpang yang transit di Malaysia untuk ke negara ketiga. Pun begitu, pengecualian hanya akan diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja,” katanya di sini tadi.

Katanya, kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam tempoh 14 hari juga tidak dibenarkan menjalankan prosedur ‘sign- off’ di Malaysia.

“Bagi kru kapal warganegara Malaysia pula mereka wajib menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.

“Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan sekatan sementara kemasukan pekerja asing dari India yang merupakan pemegang pas lawatan kerja sementara (PLKS),” jelasnya.

Katanya, sekatan sementara kemasukan pelajar antarabangsa warganegara India dan pelawat perniagaan antarabangsa juga akan dilaksanakan bagi mencegah varian itu.

“Warganegara Malaysia termasuklah pelajar, pekerja, pasangan, anak kepada warganegara Malaysia yang tinggal di India selain kumpulan keagamaan berada di India dibenarkan memasuki Malaysia.

“Mereka perlu menjalani prosedur kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI