fbpx

Dadah, bekas banduan dijel lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas banduan yang sebelum ini pernah dipenjara kerana kesalahan dadah, dipenjara lagi enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badan.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Puvenesvaran, 36, setelah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mac 2019.

Mengikut pertuduhan, Puvenesvaran didakwa telah melakukan kesalahan itu di Tandas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Briekfields, Jalan Travers di sini pukuk 4.45 petang pada 7 Mac 2019.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan oleh kerana ini adalah kesalahan kelima tertuduh, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah disebat tidak lebih tiga sebatan.

Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman dijatuhkan bermula dari tarikh tangkap.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin memohon hukuman berbentuk pencegahan dengan mengambil kira faktor-faktor kepentingan dan kesihatan awam.

Seramai empat saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan iaitu tertuduh telah memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 12 Ogos 2020.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI