fbpx

Penjual kuih didakwa bunuh anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Arafat (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang merupakan anggota polis pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Arafat Taufik, 35, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abdul Manap.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh menyebabkan kematian seorang lelaki, Muhammad Iqbal Mazlan, 22, iaitu dengan memandu secara merbahaya menghimpit motosikal si mati sehingga terjatuh dan menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Utama di sini sekitar pukul 1 hingga 2 pagi pada 17 April lalu.

Mohd. Arafat didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustakim Roslan, manakala tertuduh diwakili peguam, G. Shanmugam.

Mahkamah menetapkan 23 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk proses dokumentasi.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan anggota polis berpangkat Konstabel itu terbunuh selepas terlibat kemalangan jalan raya berdekatan persimpangan lampu isyarat di Jalan Utama di sini ketika mengejar seorang suspek bermotosikal.

Mangsa yang bertugas di Balai Polis Dato Keramat itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI