fbpx

Lelaki ditemui lemah di paya bakau dikenalpasti warga Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kyi Htut Naing, 37, sedang dirawat di ICU Hospital Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Identiti lelaki yang terperangkap dalam lumpur paya bakau sedalam kira-kira 0.3 meter di Kampung Injin Gergaji, Chukai pada kelmarin dikenalpasti sebagai Kyi Htut Naing, 37.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa merupakan warga Myanmar yang bekerja di sebuah kedai tayar di bandar Chukai di sini.

“Pengecaman telah dilakukan majikannya setelah fotonya yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia tersebar di media sosial.

“Berdasarkan keterangan majikan mangsa, lelaki itu sudah dua hari tidak bekerja dan pulang ke rumah pekerja yang disediakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, Htut Naing didakwa mengalami masalah kemurungan beberapa hari sebelum menghilangkan diri.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Hospital Kemaman masih belum sedarkan diri.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang pemancing terkejut selepas terserempak dengan seorang lelaki tidak bermaya dan hanya berseluar dalam di dalam lumpur tebal di kawasan paya bakau tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI