fbpx

Hanya 20 peratus pegawai serta anggota JBPM dibenar cuti Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamdan bergambar bersama pegawai pada majlis Anugerah Kecemerlangan kepada 79 orang penerima yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Pegawai JBPM lain-lain pangkat serta Kakitangan Gunasama di Kompleks Kuarters JBPM Cheras di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Hanya 20 peratus anggota serta pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibenarkan untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, seperti tahun sebelum ini, pihak JBPM masih mengekalkan jumlah 80 peratus bekerja dan hanya 20 peratus sahaja yang dibenarkan bercuti.

“Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk tidak membenarkan sebarang pergerakan rentas negeri bagi menyambut perayaan dalam usaha membendung penularan Covid-19 di seluruh negara.

“Bagaimanapun, kerja-kerja rondaan akan berterusan dilakukan oleh semua warga JBPM di 322 balai bomba seluruh negara bagi memastikan keselamatan serta sentiasa bersedia dari aspek keselamatan jalan raya dan risiko kebakaran di kawasan rondaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas selesai menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada 79 orang penerima yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Pegawai JBPM lain-lain pangkat serta Kakitangan Gunasama di Kompleks Kuarters JBPM Cheras di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata, selain tugas rutin, anggota serta pegawai JBPM akan turut menjalankan tugas berkait Covid-19 seperti proses sanitasi premis, dan kempen keselamatan kebakaran semingga sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri yang merangkumi pemeriksaan premis.

Dalam pada itu, Mohammad Hamdan turut memaklumkan tentang usaha untuk menaik taraf jabatan sedia ada kepada taraf ‘Metropolitan Fire Bridget’ yang dilihat amat bertepatan dengan perkembangan pembangunan bandar berkepadatan tinggi.

“Rancangan untuk mencapai taraf ‘Metropolitan Fire Bridget’ ini telah diutarakan pada pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 lagi dan penambahbaikan dari segi kepakaran kejuruteraan, kelengkapan serta kemahiran turut ditambahbaik dari semasa ke semasa.

“Pihak JBPM turut menetapkan penanda aras dengan berpandukan keupayaan pasukan bomba dari negara luar terutamanya dari segi penyelamatan di bangunan tinggi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta keupayaan untuk tiba di lokasi dalam waktu minimum,” ujar beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI