fbpx

Video judi: Polis buru individu sebarkan klip video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jonathan Tan Tee Hoe diburu polis selepas dikenalpasti terlibat dalam sebaran video mempromosikan aktiviti perjudian online yang tular di laman sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kini menjadi buruan pihak Polis Diraja Malaysia selepas dikenal pasti terlibat dalam sebaran video mempromosikan aktiviti perjudian online yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek yang dikehendaki dikenali sebagai Jonathan Tan Tee Hoe dan berusia 34 tahun.

“Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan satu kes di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian online yang viral di laman sosial.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Zairil Hazly Zulkifli di talian 017-458 9997 atau boleh juga menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI