fbpx

Penghantar makanan cedera dipukul suami pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghantar makanan (kiri) cedera pada kepala dihentak dengan penukul oleh suami pelanggannya (kanan) di pekarangan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas semalam.

GEORGE TOWN – Seorang penghantar makanan terpaksa menerima sembilan jahitan pada kepala selepas dihentak dengan penukul besi oleh seorang lelaki ketika menghantar makanan di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu berlaku di pekarangan pangsapuri itu membabitkan mangsa berusia 40 tahun dengan suami pelanggan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pergaduhan tercetus daripada pertengkaran mulut di antara mangsa dengan suspek.

“Kejadian berlaku akibat suspek menuduh mangsa memarahi isterinya kerana lambat ambil makanan yang dipesan.

“Akibat pertengkaran itu, suspek didakwa memukul mangsa dengan penukul besi sehingga cedera pada kepala dan menerima sembilan jahitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Soffian berkata, pihaknya yang menerima laporan polis telah menahan suspek kira-kira pukul 11.15 malam tadi di rumahnya di pangsapuri itu.

“Senjata yang digunakan turut dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. ,” katanya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI